Sunday 10 June 2012

    Dakapa Trekhir Ibu


 Satu hari seekor biawak masuk ke dalam rumah ibuku dikampung, di sebabkan x de orang dan takut ibuku telah memanggil jiranku untuk menolong,jiran ku datang lalu menjerut biawak tu hingga mati..dan Selepas beberapa hari kemudian ibuku jatuh sakit,katanye leher macam di jerut..
ibuku jugak ilang suara,.sakit ibu makin melarat,Selepas enam bulan terlantar sakit,,lemah dan x bermaya,akhirnya pada 10 hari raya haji tahun 2000 ibu pergi menyambut seruan ilahi..
Petut lah masa aku nak balik ke KL selepas seminggu beraya kat kg dan selepas menunaikan hajat nya nak main putri ,ibu menamgis sambil memelukku seolah-olah x merelakan aku pergi,.tapi memandangkan aku dah kena kerja aku pujuk ibu,aku balik jugak ke kl..
tapi malangnya lepas sehari aku sampai,adikku,cal mengatakan ibuku dah nazak..masa tu jugak aku bergegas balik ,tapi malangnya memandangkan jarak antara Kl dan Kelantan terlalu jauh aku x sempat berjumpa ibu di saat dia menghembuskan nafas terakhir..aku hanya dapat memeluk dan mencium sekujur tubuh ibuku yang kaku..

Wednesday 30 May 2012

Kali terakhir aku dan sidia



"Teet teet teet"
Tiba2 aku dikejutkan dengan nada pesanan ringkas  dari telefon bimbit ku....
Terdetik di dalam hati' siapakah gerangan pengirim pesanan tersebut...Bukannya apa,sudah sekian lama telefon ku itu tidak berdering...lagi2 dikala malam begini...

Dek kerana sidia...

Oh yer lupa nak diperkenalkan, Sidia yang dimaksudkan adalah seseorang yg pernah ,malahan dia adalah yang pertama berjaya mencuri hati ku..Biarlah ku namakan dia Miss A.

Berbalik pada crita tadi..

Lantas kucapai telefon yg terletak diatas meja di sudut bilik ku itu....
Punat2 ditekan ,terpapar lah pesanan .

 'Awak apa Khabar??'

Terpampang disitu nama yg telah lama x kulihat...Ya ,Miss A lah gerangan pengirim pesanan itu,...
 Dia memberitahu bahawa dia berada di bandar yg sama dengan aku dan akan pulang keesokan harinya.

Terdetik dihati ingin menatap wajahnya stelah sekian lama tak bertemu..

So aku pun investigate sedikit sebanyak tentang perjlanan miss a pagi esok...Tanpa memberitahu apa2 tentang rancangan ku ingin menghantar dia ..

Aku mencari akal dan helah agar tk perlu pergi kerja esok. Terpaksa la bertipu muslihat sedikit dengan majikan ku...Mengatakan ada masalah peribadi yg serius...Bohong sunat la katakan..

Sesampainya disana, aku lihat dia dari jauh, masih tak berubah.
Masih sama seperti dulu...Kulihat dia dari jauh, Dengan perlahan aku mendekati, seperti yang kujangka dia terkejut melihat diriku tiba2 terpacul di depan, maklum la ,sudah bertahun tk bertemu..

Dia berbual mesra denganku..seperti dulu2..berbual  mesra...Rasa perasaan rindu aku seperti luruh disitu..hilang ,diganti dengan perasaan gembira teramat sangat....

Setengah jam berbual ,kurasakan bagai baru satu saat...
Sampai saat dia berangkat pulang ke kg kami...
 Aku berdiri melihat dia melangkah kaki menaiki keretapi yang akan berlalu bila2 masa.

Saat keretapi itu berjalan aku masih lagi berdiri di luar menanti...Kulihat dia tersenyum sambil melambai tangan kepadaku...

Kulihat dia berlalu pergi... Itu lah kali terakhir aku melihatnya....

Selepas itu aku tk pernah lagi bertemu dengan sidia.. berita terakhir yang ku dengar ..dia sudah menjadi milik orang...Dan aku masih lagi menanti dalam senyuman....

Moga dia berbahgia selalu....

Sunday 27 May 2012

Seribu Kenangan

Tujuan Ruangan Seribu Kenangan ini Ditubuhkan  adalah untuk memberi ruang ,dan tempat untuk anda berkongsi cerita serta kenangan suka duka,gembira,hampa, teruja mahupun kenangan amarah anda .


Sekadar tempat meluahkan Kenangan dan Pengalaman Hidup
Agar kita dapat memperbaiki dan muhasabah diri .

Agar dapat menjadikan semua yang berlaku Sebagai Motivasi dan Iktibar dalam menempuh 

Kehidupan sementara diatas muka bumi allah SWT ini..

Semoga dapat mencari pandangan dan pendapat 
sesama kita.

INSYALLAH

YANG BAIK JADIKAN TAULADAN DAN YANG BURUK KITA JADIKAN SEMPADAN